Salam...

Saya direct to the point sebab tak nak anda terbuang masa dengan membaca ayat-ayat merapu saya :)

Baiklah, cuba lihat cara berforum yang salah di bawah ni...  (KLIK GAMBAR UNTUK BESAR)


Kepada empunya badan maaf ye... sesungguhnya kita belajar daripada kesilapan... 

Kesilapan anda:
1. ayat signature anda "klik sini" sahaja?

2. iklan yang agak pendek dan pastinya tidak ada orang yang akan klik iklan anda.

3. Iklan diletakkan tanpa link website anda.

Baiklah bagaimana nak letakkan iklan yang berkesan didalam forum? Ini screenshoot yang saya ambil daripada salah seorang ahli kelab jutawan yang agak aktif berforum.




Apa yang beliau lakukan adalah,

1.Mencari forum yang popular dimana terdapat sekurang-kurangnya 5,000 orang masuk kedalam forum setiap hari.

2. Meletakkan iklan beliau ditempat yang betul. (jangan letakkan iklan anda di bahagian yang dilarang beriklan)

3. Beliau akan update forum beliau dengan info dan menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya. (TAHNIAH UNTUKNYA)



TEKNIK FORUM KE -2 

Teknik berforum di atas merupakan teknik iklan yang direct kepada pembaca forum.

Manakala ini pula adalah teknik berforum yang digunakan secara halus tanpa sesiapa tahu anda sebenarnya sedang mengiklankan website anda.




LIHAT BAHAGIAN BAWAH SEKALI IAITU IKLAN BERBENTUK AYAT.

Signature ini akan muncuL setiap kali anda komen dimana-mana topik didalam forum. Jika anda rajin membuat komen maka semakin banyaklah iklan signature anda didalam forum itu dan semakin banyaklah orang yang akan klik kepada iklan anda.

Tetapi bagaimana jika anda letakkan banner di bahagian signature anda?



NAMPAK? signature anda diletakkan banner yang agak cantik (puji diri sendiri) ...dan ini membuatkan orang mahu klik banner anda. 

Bagaimana nak letakkan signature didalam forum? 

Mudah sahaja, anda hanya perlu pergi kebahagian setting @ my control , kemudian cari bahagian signature dan anda boleh edit signature anda jadi lebih menarik dan disukai ramai (^_^)



Demi Kejayaan Bersama,
Sujairi saidali.

p/s ini cuma ringkasan kepada anda.. jika memerlukan bantuan silakan jangan segan boleh hubungi saya.